Pengenalan Combi
Combi bermakna Comunication for behavior impact dengan nama singkatan Combi atau dalam bahasa malaysia iaitu Kearah Perubahan Tingkahlaku.
Matlamat combi adalah untuk:
a) Mengerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti.
b) Mewujudkan tenggungjawab bersama dalam komuniti
c) Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/tingkahlaku.norma sosial dalam komuniti
Penubuhan Combi di Blok 6,Bandar Perda
Pada 25 hb Mac 2012,hari Ahad jam 1030 pagi combi blok 6 telah dilancarkan oleh pejabat kesihatan barat daya.Squad Combi ini akan membantu pihak pejabat kesihatan untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya nyamuk aedes.Sebelum pelancaran dilakukan,gotong royong membersih kawasan dalaman blok dan juga luar kawasan telah diadakan.
Gotong royong ini telah melibatkan seramai 50 orang lelaki,wanita dan juga kanak-kanak.Turut serta dalam gotong royong ini adalah adik-adik dari sekolah menengah teluk Kumbar 2 yang memakai t-shirt merah yang dinamakan squad ridset sekolah seramai 10 orang.Adik-adik ini melakukan pemeriksaan rumah ke rumah untuk mengenal pasti samaada terdapat jentik-jentik. .
Kaum wanita juga telah gotong-royong memasak makanan untuk penduduk.Setelah selesai gotong royong,penduduk telah berkumpul di perkarangan padang blok 6 untuk makan,minum dan juga untuk perlancaran Combi oleh wakil pejabat kesihatan barat daya,Balik Pulau.Pejabat kesihatan juga membawa makanan dan minuman pada hari tersebut.
Sebelum perlancaran ,ucapan dari pengerusi combi blok 6 iaitu En.Shaharul Anuar b.Abdul Ghani yang juga setiausaha jawatankuasa pengurusan blok 6.Selesai ucapan pengerusi combi,tiba masa yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan dari pihak kesihatan barat daya,Puan Shakirah seterusnya melancarkan squad Combi blok 6.
Acara simbolik pelancaran combi blok 6,Bandar Perda Teluk kumbar ialah penyerahan vest combi kepada pengerusi combi dan ahli-ahli jawatankuasa oleh wakil pejabat kesihatan barat daya.Dimulakan dengan Ketua Blok 6 iaitu Pak Shariff diikuti oleh pengerusi combi dan ahli jawatankuasa.Pertandingan mencari jentik-jentik juga telah diadakan..Antara pesertanya adalah anak-anak dan yang memenangi pertandigan adalah adik Nur Ain bt Mohd Zaki.Ada juga yang mendapat cacing yang disangkakan jentik-jentik.Penyertaan dari anak-anak amat menggalakkan.
Setelah selesai pelancaran ,diadakan majis penyampaian hadiah kepada pemenang mencari jentik-jentik,dan seterusnya pertandingan kuiz oleh pejabat kesihatan.Acara terakhir ialah pendaftaran ahli baru combi dan bergambar bersama penduduk ,ahli combi dan juga kakitangan pejabat kesihatan.
Disini saya selaku pengerusi combi blok 6 Bandar Baru Perda mengucap ribuan terimakasih kepada pejabat kesihatan terutamanya Puan Shakirah ,Tuan Haji Saidi dan kakitangannya dan seterusnya kepada penduduk blok 6 yang sanggup mengorbankan masa untuk bersama-sama dalam acara gotong royong pada hari itu.
Dibawah ini senarai ahli-ahli jawatankuasa combi blok 6.
Pengerusi : En.Shaharul Anuar b.Abdul Ghani
ahli -ahli: Pn.Salehah bt Md Isa
En.Abdul Rahman b,Che Umar
Pn.Rosliza bt.Abdul Rashid
Mohd Amirul b.Abdul Rahman (Setiausaha)
Pn.Rosyantini bt Saad.
Nombor untuk dihubungi : 0194723865 Pengerusi Combi En.Shaharul Anuar b.Abdul Ghani.
Sekian .Terimakasih.